Adat-Istiadat
Silat ini adalah bersendikan adat. Dianatara adat yang diamalkan adalah seperti berikut:-
Mandi TapakMandi SeniMandi MinyakKhatam Permainan Keris
Mandi Tapak
Sesisir Pisang Mas atau Emas yang masak ranum.
Ahli lelaki yang hendak memulakan latihan silat ini iaitu di peringkat Tapak Pusaka Gayung dikehendaki terlebih dahulu menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:-
Mas kawin (wang pengkeras) berjumlah RM17.50
Sebiji limau nipis
Akar sintuk
Kemenyan
Bertih padi
Tujuh bilah jarum
Beras kunyit/putih
Mandi Seni
Ahli wanita yang ingin memulakan latihan silat ini tidak perlu melalui upacara Mandi Tapak. Mereka hanya dikehendaki Mandi Seni. Manakala ahli lelaki yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya setelah selesai peringkat Tapak Pusaka Gayung dikehendaki menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:-
Mas kawin (wang pengkeras) berjumlah RM27.50
Akar sintuk
Kemenyan
Bertih padi
21 bilah jarum
Beras kunyit/putih
7 jenis kuntum bunga
Benang 7 warna
Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya (untuk ahli wanita sahaja)
Mandi Minyak
Upacara ini terbuka kepada semua ahli tidak mengira peringkat. Ahli yang menyertai mandi minyak dikehendaki mengopek, membelah dan memarut/mengukur kelapa. Seterusnya kelapa tersebut diperah santannya dan dimasak secara bersama di dalam kawah sehingga menjadi minyak kelapa. Setelah itu ahli dikehendaki menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya disapu ke seluruh badan.
Khatam Permainan Keris / Tari Teratai
Upacara ini menandakan tamat pelajaran peringkat Seni Keris. Upacara ini biasanya diadakan di tepi pantai (laut). Ia juga merupakan cabaran atau dugaan terakhir untuk latihan Seni Keris.
Selepas perbincangan dan persetujuan Majlis Adat Istiadat Pusaka Gayong, Maka Mandi Tari Teratai Dan Tari Teratai menjadi pelajaran dlm Gayong Pusaka.
RM7.50 Mas kawin
Sebiji limau
Akar sintuk
No comments:
Post a Comment