Saturday 31 May 2014

Demo Kenduri Pusaka Gayong

Sesi bergambar setelah selesai persembahan silat Di Majlis Persandigan Latifah & Hanif d Huttan Road... Team yg terlibat Cikgu Atan,Cikgu Marzuki, Cikgu Wan,Cikgu Zol, Cikgu Hasrul, Cikgu Rizal, Cikgu Raja(Bro),Anak2  Gayong Guar Perahu & Anak2 Gayong Kubang Semang...

Thursday 29 May 2014

Adat Istiadat Pusaka Gayong

Adat-Istiadat

Silat ini adalah bersendikan adat. Dianatara adat yang diamalkan adalah seperti berikut:-

Mandi TapakMandi SeniMandi MinyakKhatam Permainan Keris

Mandi Tapak

Sesisir Pisang Mas atau Emas yang masak ranum.

Ahli lelaki yang hendak memulakan latihan silat ini iaitu di peringkat Tapak Pusaka Gayung dikehendaki terlebih dahulu menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:-

Mas kawin (wang pengkeras) berjumlah RM17.50

Sesisir pisang emas

Sebiji limau nipis

Akar sintuk

Asam jawa

Garam halus

Kemenyan

Bertih padi

Tujuh bilah jarum

Beras kunyit/putih

Mandi Seni

Ahli wanita yang ingin memulakan latihan silat ini tidak perlu melalui upacara Mandi Tapak. Mereka hanya dikehendaki Mandi Seni. Manakala ahli lelaki yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya setelah selesai peringkat Tapak Pusaka Gayung dikehendaki menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:-

Mas kawin (wang pengkeras) berjumlah RM27.50

Sesisir pisang emas

Sebiji limau nipis

Akar sintuk

Asam jawa

Garam halus

Kemenyan

Bertih padi

21 bilah jarum

Beras kunyit/putih

7 jenis kuntum bunga

Benang 7 warna

Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya (untuk ahli wanita sahaja)

Mandi Minyak

Upacara ini terbuka kepada semua ahli tidak mengira peringkat. Ahli yang menyertai mandi minyak dikehendaki mengopek, membelah dan memarut/mengukur kelapa. Seterusnya kelapa tersebut diperah santannya dan dimasak secara bersama di dalam kawah sehingga menjadi minyak kelapa. Setelah itu ahli dikehendaki menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya disapu ke seluruh badan.

Khatam Permainan Keris / Tari Teratai

Upacara ini menandakan tamat pelajaran peringkat Seni Keris. Upacara ini biasanya diadakan di tepi pantai (laut). Ia juga merupakan cabaran atau dugaan terakhir untuk latihan Seni Keris. 

Selepas perbincangan dan persetujuan Majlis Adat Istiadat Pusaka Gayong, Maka Mandi Tari Teratai Dan Tari Teratai menjadi pelajaran dlm Gayong Pusaka. 

RM7.50 Mas kawin

Sebiji limau

Akar sintuk


Cikgu Ahmad Halimi & Cikgu Wafaa

Cikgu A.Halimi( Mon ) & Cikgu Wafaa...

Wednesday 28 May 2014

Gayong Bagan KITA1

Program KITA yg Pertama Di Permatang Tok Gelam... Cikgu Abu ada ada dlm photo ni Sbb dia yg mengambil semua photo ni... Terima Kasih Cikgu Abu...

Thursday 22 May 2014

Wednesday 21 May 2014

Pusaka Gayong

PSSPGM 
Gayong Caw Bagan Pulau Pinang...... Selepas Persembahan silat Di Selama Kedah... Bersama Cikgu Nizam, Cikgu Zol,Cikgu Hasrul & anak2 Gayong...

Tuesday 20 May 2014